in , ,

Ziyad Terlepas Mempertahankan Pingat Emas

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Olahraga Para Dunia semalam telah menolak rayuan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk membatalkan keputusan acara final lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Keputusan menyaksikan Ziyad, 31, gagal mempertahankan pingat emas dimenangi, cipta rekod dunia baharu tidak dikira dan melepas habuan RM1 juta.

Penyertaan jaguh lontar peluru itu dibatalkan susulan protes daripada kontijen Ukraine terhadap tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lewat hadir ke bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun Ziyad sebelum itu berjaya memecahkan rekod dunia menerusi catatatan 17.94 meter, ketiga-tiga atlet terbabit kekal dikenakan status DNS (did not start) sekali gus dianggap tidak layak beraksi dan sebarang rayuan selanjutnya hanya boleh dilakukan selepas temasya berakhir.

Menerusi perkongsian di laman sosial beliau, atlet kelahiran Selangor itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berterima kasih ke atas segala sokongan serta kata-kata semangat diberikan baginya untuk bangkit kembali.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 30 kartunis tempatan jayakan Pameran Kartun Rasuah Sebagai Budaya

Ahli perniagaan bergelar Datuk berdepan 483 tahun penjara