in

Zahid tiada sifat ‘kepimpinan’ menerajui parti- Nazri Aziz

 

Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas, menyifatkan UMNO umpana ‘harimau kertas’ selepas ‘mengaum’ di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Tambahnya, Hal ini terjadi ekoran kelemahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan semua menteri dan timbalan menteri untuk meletak jawatan dalam Kabinet Kerajaan Nasional (PN).

Beliau juga menegaskan, keengganan semua Ahli Parlimen UMNO melepaskan jawatan dalam Kabinet membuktikan Zahid Hamidi “kurang sifat kepimpinan” dalam menerajui parti.

Menurutnya lagi, “jika beliau ada sifat kepimpinan tersebut, ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet tidak perlu menunggu lama untuk meletak jawatan, selesai sahaja PAU boleh terus letak jawatan.

Jadi, “adakah Zahid bimbang menteri-menteri dari UMNO tidak mahu ikut arahan beliau? soalnya.

Jelasnya lagi, mereka tidak yang berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), tidak meletak kan jawatan.

Malahan, mereka turut meminta nasihat daripada perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Kabinet, walaupun tidak diperlukan untuk mentadbir negara ketIka darurat.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Calon PM dan TPM dari UMNO PRU15 ditentukan Jun ini- Annuar Musa

SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib Razak esok