in ,

Zahid Telah Kemuka Nama Calon MB Untuk Pertimbangan Sultan Perak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam laman media sosial beliau telah mengumumkan penghantaran nama-nama calon Menteri Besar (MB) untuk pertimbangan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Di dalam sedutan video yang dimuatnaik, Zahid menyatakan, “Saya telah diperkenankan oleh Sultan Nazrin untuk mengadap dan mempersembahkan surat memohon untuk perkenan dan mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.”

“Pengumuman nama tersebut akan dibuat oleh Tuanku sendiri.”

Sebelum itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu pemberita bahawa kepimpinan tertinggi UMNO sebulat suara mencalonkan ADUN Kota Tampan Saarani Mohamma sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

“Sebulat suara”, begitulah yang diungkapkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Menjadi satu-satunya sumber yang mengesahkan keputusan UMNO, ahli-ahli MT lain enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Maklumat selanjutnya menyusul. 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anwar Wants A Vote Of Confidence In Parliament

Nik Nazmi: Pakatan Harapan Failed To Focus On The People