in ,

Zahid Akan Dipuji Jika Berundur

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Selangor Aemierulrizaki Rambli menegaskan bahawa pemimpin akar umbi UMNO akan terusk mendesak Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat pada saat beliau masih belum memutuskan secara mutlak hala tuju politik UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gesaan itu juga dibuat ketika kritikan terhadap kepimpinan parti itu yang kini dibawah kepimpinannya gagal membaca dan memahami sentimen ahli di akar umbi.

Jelas beliau, Zahid boleh mengundur diri secara sukarela tanpa pemilihan parti atau keputusan Perhimpunan Agung UMNO.

“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli (UMNO).”

“Ahli (sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti.”

Pada masa yang sama, beliau mencadangkan agar kepimpinan parti diserahkan kepada Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kita boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera parti buat kerja.”

“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini.”

Akar umbi UMNO telah memulakan gerakan meminta Presiden parti itu berundur bermula dengan gesaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ordinan Darurat Tidak Bermotifkan Politik

Ministry Of Health Announces First Covid-19 Vaccine Trials