in ,

Wayang Atau U-Turn? MCA Persoal Kenyataan DAP Enggan Kerjasama Dengan Kleptokrat

Melalui laman Facebook peribadi beliau, ahli politik Chan Quin Er mempersoal kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan kleptokrat di dalam UMNO.

Di dalam penulisan beliau, Chan menyebut, “YB Lim Kit Siang dalam kenyataanya menegaskan DAP ditubuhkan 54 tahun lalu untuk menjadikan Malaysia berjaya sebagai negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang yang diterokai manusia, buklan untuk menentang mana-mana kaum, bangsa, agama dan budaya?

“YB pasti dan yakin dengan kenyataan itu?”

Tambahan beliau lagi DAP kini bermain wayang kerana jika DAP hendak melihat Malaysia berjaya, ketika jadi kerajaan begitu banyak bantuan yang dimansuhkan, di samping meningkatnya hutang sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan.

“Itu yang dikatakan matlamat DAP untuk melihat Malaysia berjaya?”

Beliau turut mempersoal kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan keengganan parti itu untuk bekerjasama dengan kleptokat di dalam UMNO.

“DAP sebut mengenai kerjasama dengan kleptokrat. Bukankah sebelum ini DAP menuduh UMNO, BN sebagai kleptokrat dan dalam masa sama mahu bekerjasama di Perak?”

Mengakhiri nukilan beliau, Chan menyeru Lim Kit Siang agar berhenti bermain wayang, dan jangan merampas gelaran menteri kewayangan dari anak beliau sendiri Lim Guan Eng.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pihak Pendakwaan Tutup Kes Isu Rasuah Rosmah

Dr Dzulkefly: Malaysia Will Surpass China In Number Of Covid-19 Cases