in ,

Waspada tempias taufan Saudel, Molave di Sabah – Maritim Malaysia

KOTA KINABALU: Komuniti maritim di Sabah diminta berhati-hati untuk melakukan aktiviti di laut selepas negeri itu menerima tempias taufan tropika Saudel dan Molave yang bertiup dari arah barat daya Manila, Filipina dengan kelajuan purata 139 kilometer sejam (km/j) baru-baru ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan, berkata pada Isnin lalu, Sabah menerima tempias taufan Molave yang dilaporkan berada 703 km ke barat laut Kudat.

“Ini menyebabkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di Sabah dan Barat Labuan dan akan berlarutan sehingga hari ini,” kata agensi itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Maritim Malaysia turut menasihatkan komuniti maritim perlu menjaga keselamatan diri kerana keadaan itu amat berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Mereka juga dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi– – BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dua beranak, pekerja di sambung reman cemar Sungai Selangor

Rapid KL alih laluan di Plaza Hentian Kajang