in ,

Wajib kuarantin 14 hari pulang dari luar negara, kata PM

PUTRAJAYA, 10 Okt — Warga Malaysia yang sudah menerima vaksin lengkap Covid-19 dibenarkan untuk ke luar negara bermula esok, kata Perdana Menteri. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan kebenaran itu maka program Mytravel Pass yang dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini dimansuhkan. 

“Kerajaan bersetuju mansuh Mytravel Pass untuk rakyat yang mahu ke luar negara. 

“Sesiapa warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk aktiviti pelancongan. Tarikh berkuatkuasa juga esok. 

“Mulai esok boleh ke luar negara tidak perlu dapat kebenaran. Syaratnya mereka mesti dapat dua dos vaksin,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. 

Perdana menteri berkata bagaimanapun mereka yang mahu kembali ke tanah air perlu menjalankan ujian saringan Covid-19 serta kuarantin 14 hari ditetapkan kerajaan.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan kembali dikuatkuasakan walau kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan. 

“Saya hendak yakinkan perniagaan dan kehidupan mesti diteruskan seperti biasa. 

“Kita boleh pastikan ia tidak ditutup jika patuh kepada SOP ditetapkan,” katanya.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PM: Rentas negeri mulai esok, pastikan vaksin dua dos

Abang PM tubuh parti baharu, idam hapus PTPTN