in ,

Vellfire ganti Perdana sebagai kenderaan rasmi Menteri

Putrajaya – Kerajaan memutuskan menggunakan kereta model Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) buat Menteri-menteri Persekutuan bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), pertukaran itu diputuskan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ di dalam media sosial.

Katanya, pertukaran itu dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan sewaan KRJ. Antara lainya berdasarkan kos sewaan bulanan Toyota Vellfire 2.5L yang lebih rendah (RM4,851.61) berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).

“Cadangan penggantian Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya sudah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

“Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun, sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali,” menurut kementerian itu.

Menterinya, Tengku Zafrul Aziz memaklumkan, kerajaan memulakan proses menggantikan KRJ daripada model Proton Perdana 2.4 Premium kepada model Toyota Vellfire 2.5L bermula sejak April 2021.

“Kerajaan telah membayar sejumlah RM1.42 juta kepada pemegang konsesi setakat September 2021.

“Kerajaan membayar pajakan bulanan sebanyak RM5,759.35 untuk Toyota Vellfire. Kos pajakan bulanan terdiri daripada RM4,851.61 bagi kos sewa bulanan dan RM907.74 untuk kos penyelenggaraan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 2 November.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mayat kanak-kanak hilang dibaham buaya ditemukan

KPDNHEP keluar notis kepada pemilik restoran ‘siakap kayangan’