Program Vaksinasi COVID-19 di Negeri Selangor (SCVP) dijangka bermula Julai ini, merupakan usaha untuk mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok dalam kalangan penduduk negeri itu.

Menurut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri akan Bersama-sama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan untuk membincangkan pelan dan melaraskan data penerima vaksin agar selari dan sejajar dengan program imunisasi kebangsaan.

Justeru, pelaksanaan SCVP tidak akan membebankan sistem kesihatan awam di Selangor kerana terdapat lebih 1,000 klinik Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dibawah program peduli sihat.

“Minimum kita mempunyai 1,000 doktor yang bertauliah untuk menyuntik vaksin dan kita akan mulakan Julai in,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *