in ,

USUL TOLAK KERJASAMA DENGAN PN DALAM PERTIMBANGAN

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usul menolak kerjasama politik dengan Bersatu adalah antara yang dicadangkan oleh UMNO bahagian untuk pertimbangan Jawatankuasa Usul Parti.

Beliau berkata terdapat usul lain dikemukakan seperti menolak kerjasama dengan DAP dan PKR, ‘No DAP No Anwar’ serta usul memperkukuh kerjasama dengan PAS dan Muafakat Nasional.

Beliau berkata UMNO mempunyai perlembagaan dan peraturan jelas sewaktu mesyuarat perwakilan bahagian, maka ahli bebas dan berhak menyuarakan pandangan mengenai parti.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO TERIMA IMPAK BESAR JIKA TINGGALKAN PN

ANNUAR MUSA SERU AHLI RAPATKAN SAF