in ,

Usaha reformasi institusi mesti diteruskan-PH

Kerajaan terdahalu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu COVID-19.

Jemaah Menteri baharu bakal dibentuk, Pakatan Harapan (PH) berpandangan bahawa Perdana Menteri wajar memberikan pertimbangan terhadap isu rakyat dan negara.

Menurut kenyaatann Majlis Presiden Pakatan Harapan, sejak tahun lalu Pakatan Harapan telah menggariskan dasar-dasar dan langkah-langkah reformasi serta penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat negara dari wabak COVID-19, krisis ekonomi dan kemelut politik.

Antara Usaha yang digariskan termasuk lah, Reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara dengan memastikan pogram saringan ujian awam “FTTIS+V” (find, test, trace, isolate and support plus vaccinate).

Selain itu, Reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan; dan

Serta Reformasi perundangan, termasuk dengan melaksana Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SU Politik nafi tarik sokongan jika Azmin Ali tidak dilantik TPM

PH Pertimbang jemputan PM untuk sertai MPN