in

Undi 18 tahun akan dilaksanakan- Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) berkata, kerajaan komited melaksanakan undi 18 tahun dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, undi 18 tahun dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

“Kelayakan Pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang  telah dibincangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 April 2021, katanya.

Jelasnya, susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil Langkah untuk menyelesaikan beberapa  perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu yang berkaitan dan  perkara teknikal termasuk memperkemaskini sistem perisian yang diperlukan.

Justeru, “ketetapan yang dibuat ini menunjukkan betapa Kerajaan beriltizam untuk memberi peluang kepada golongan muda yang berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 mahupun dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri.”

“Kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung Prosedur Operasi Standard selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan COVID-19 di negara ini”, katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Why do I want to leave UMNO?” -Shahidan

Acryl Sani Ketua Polis Negara baharu berkuatkuasa 4 Mei