in

UMNO tidak desak adakan PRU15-Tajuddin

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO atau mana-mana parti tidak perlu mendesak kerajaan Perikanan Nasional untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, dalam negara sedang menghadapi pandemic COVID-19.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, sebaiknya tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap mendepani pandemic COVID-19 dan membantu rakyat.

Tambahnya lagi, sebelum negara dilanda pandemic COVID-19, semua jentera parti diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU15.

“Tetapi, apabila berlaku COVID-19 ini yang semakin menjadi-jadi, saya  telah berpesan kepada jentera pilihan raya untuk membantu rakyat.

“Seharusnya ahli UMNO membantu kerajaan dalam usaha memberi focus mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus COVID-19,” katanya

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronnie open letter: Muhyiddin, You are NOT a LEADER

Covid-19 cases below 5000