in

UMNO tidak terdesak untuk memaksa PRU15 ketika kes COVID-19 tinggi

Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak terdesak untuk memaksa melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ketika kes COVID-19 tinggi, termasuk pada Ogos nanti.

Tambah beliau, UMNO meletakkan kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan bukannya mengejar jawatan semata-mata hingga mengabaikan kesihatan umum.

“Kalau masih ada kes COVID-19 tinggi sewaktu Ogos, tidak mungkin kita cadangkan diadakan PRU15. Pemimpin UMNO bukan tiada otak. Kami bukan hendak kejar atau kemaruk jawatan sahaja.

“Kita akan lakukannya apabila tiba masanya. Macam mana hendak lalu jambatan kalau kita belum sampai. Kita kena akur pada situasi COVID-19,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau mengharapkan agar Ogos nanti Parlimen dibubarkan dan PRU15 dapat dilaksanakan jika kes COVID-19 menurun.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Delivering cloth and Kuih Raya is the reason to cross without permit

SOP: MITI beri penjelasan menerusi Twitter