UMNO bersetuju Parlimen bersidang semula dan UMNO tidak akan menyokong jika usul undi tidak percaya dikemukakan pada sidang Parlimen itu.
Menurut mereka, sidang Parlimen tersebut dapat memberi tumpuan kepada isu-isu rakyat dan juga bagi menangani isu pandemik COVID-19.
Persetujuan pembukaan Parlimen sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya suhu politik dapat diredakan dengan memberi tumpuan kepada pemulihan pandemic COVID-19.
Hal tersebut dinyatakan secara bersama oleh Ahli Parlimen UMNO dalam satu kenyataan semalam.
“Kami amat berharap sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemic COVID-19.
“Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentang oleh kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara,” kataya dalam sebuah kenyataan.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.