in ,

UMNO, BN mohon maaf peningkatan kes COVID-19

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada rakyat dan anggota barisan hadapan berikutan peningkatan kes COVID-19 yang disebabkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kedudukan terkini kes COVID-19 di negara ini merisaukan.

“Mewakili UMNO dan BN, mohon maaf kepada rakyat dan barisan hadapan berikutan peningkatan wabak akibat PRN Sabah, yang diadakan bukan pilihan awal BN.

“Ahli dan jentera BN pada PRN Sabah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

“Jaga diri dan berdoa Allah SWT pulihkan wabak ini,” katanya Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam Twitternya, malam tadi.

Sejak kebelakangan ini, kes COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak, dengan yang terbaharu semalam, mencatatkan 260 kes baharu, yang mana 259 kes adalah penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata daripada jumlah jangkitan dalam negara itu, 31 kes dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

PRN Sabah Ke-16 diadakan pada 26 September lalu, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluluskan permohonan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – Berita Harian Online

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[PILIHAN SABAH] Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu

10 Perkara Paling Epik Hanya Budak Sekolah Era 90an Saja Yang Tahu