Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata UMNO akan bawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan 31 Januari depan.

Menurut beliau dalam kenyataan media yang diedarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, terdapat tiga usul utama yang dibangkitkan antaranya mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan PPBM dan menggesa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum suku pertama tahun 2021.

“Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama sama sebagai pembangkang.”

“Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).”

“Menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat tertakluk kepada keadaan COVID-19.”

Usul-usul ini akan dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti.

“Mesyuarat bersetuju membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.”

Berita selanjutnya menyusul.

 

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *