in ,

Tuntutan Saman Gombak Ten Terhadap Azmin Bukti Penentangan Kerdurjanaan Politik

Kedurjanaan politik, itulah yang disifatkan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad apabila sepuluh pengundi di Gombak mengambil tindakan untuk membuat tuntutan saman terhadap Datuk Seri Azmin Ali.

Membuat tuntutan ganti rugi di atas kegagalan kewajipan fidisuari dan penipuan Datuk Seri Azmin Ali sebagai jalan menentang kedurjanaan politik, beliau menyatakan bahawa tuntutan saman itu berlaku kerana tiadanya sistem yang membolehkan pengundi untuk adakan pilihan raya semula sekiranya Ahli Parlimen yang diundi ‘lompat katak’ dan tinggalkan parti asalnya.

“Negara kita tidak ada ‘recall system’ yang membolehkan pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlakunya satu ‘kedurjanaan’ politik seperti meninggalkan parti asalnya.”

“Bagi saya, perlu adanya cara mengatasi kedurjanaan politik dengan mengiktirafkan bahawa seorang wakil rakyat juga ada kewajipan fidusiari dan tidak boleh menipu pengundi-pengundinya.”

Kata Shahrir, kes berkenaan juga menarik untuk diperhatikan bagi melihat sama ada mahkamah mampu membicarakan kes sivil itu sebagai sumbangan ke arah kematangan politik negara.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAP Terminates Malim Nawar Assemblyman’s Membership

Ahmad Maslan Tuntut Agong Adakan Sidang Parlimen, Sama Seperti Anuar Ibrahim