Tun Rahah Mohamad Noah. balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang ini.

Ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di sini.

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke kediamannya di Jalan Eaton setelah urusan pengurusan hospital selesai hari ini 18/12/20.

Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan esok 19/12/20 selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar.

Antara yang telah tiba ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Bin Muhammad, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Noraini Ahmad dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Berita selanjutnya akan menyusul. 

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *