in ,

Tujuh individu pusat judi atas talian ditangkap

Johor Bahru: Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Selatan telah berjaya membanteras sebuah kegiatan pusat judi atas talian (calling centre) di sini.

Ketua Polis Johor (CP), Dato’ Ayob Khan Zaman bin Mydin Pitchay berkata, pasukan polis dari kedua-dua cawangan berkenaan telah bersama membuat serbuan ke atas sebuah premis di Kawasan Persiaran Kota Southkey pada 23 September lebih kurang jam 10.00 malam, kerana dipercayai digunakan sebagai pusat judi atas talian.

“Dalam serbuan itu, pihak polis telah menahan enam lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berumur antara lingkungan 18 hingga 34 tahun dan semua yang ditangkap berperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan ‘cuci’ kredit serta berinteraksi dengan pelanggan bagi mempromosikan judi atas talian.

“Hasil siasatan dilakukan dan mendapati premis terbabit telah beroperasi sebagai pusat judi atas talian atau calling centre sejak Jun tahun ini dan menawarkan kegiatan judi jenis online dengan menyasarkan warga tempatan melalui dua aplikasi laman sesawang iaitu www.topup99.com dan www.lagiong.com,” kata beliau menerusi sidang media maya berlangsung tengah hari tadi.

“Sindiket berkenaan mempunyai pelanggan dianggarkan lebih kurang tujuh ribu orang dengan kutipan harian antara RM15,000 hingga RM20,000 dengan

“Segala transaksi adalah melalui perbankan internet daripada beberapa akaun bank tempatan yang telah dikenal-pasti dan gaji dibayar kepada operator terbabit antara RM2,000 sebulan termasuk diberi komisen sebanyak satu peratus.

“Turut dirampas dalam serbuan itu merupakan enam buah set komputer, 35 buah telefon bimbit, dua modem WiFi serta serangkai kunci rumah dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 boleh dikenakan hukuman denda maksimum hingga RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun, jika disabitkan kesalahan,” tambah beliau.

Menurut Ayob Khan, di antara tempoh 1 Ogos hingga 25 september 2021, pihak polis Johor menerusi Op Dadu telah berjaya membuat lima pemeriksaan serta serbuan melibatkan calling center, iaitu tiga di Johor Bahru dan dua di Iskandar Puteri.

“Dalam kelima-lima serbuan itu, seramai 28 orang suspek telah ditangkap iaitu seramai 20 lelaki dan lapan perempuan warga tempatan yang berusia di antara 18 hingga 34 tahun dan polis juga turut melakukan pelbagai rampasan termasuklah komputer, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.

“Sebanyak lima kertas siasatan di buka dan sedang dilengkapkan bagi di rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri,” jelasnya lagi.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Harta RM1.6 juta milik pegawai SPRM salah guna kuasa disita

Pembentangan Matlamat Utama RMKe-12