Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menuduh UMNO menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong selepas menularkan surat parti untuk adakan sidang khas Parlimen, sebagai melampaui batas.

Tambah beliau, tindakan Annuar yang sengaja menularkan surat itu menunjukkan beliau berniat jahat.

Tujuan Ahli Parlimen menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong adalah untuk memohon perkenan baginda supaya satu sidang khas Parlimen dipanggil dan ia terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

Puad berkata tindakan itu tidak menderhakan Agong malah termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“K”enapa itu dikatakan menderhaka?”

“Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya Agong berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat, bukan Perdana Menteri.”

Puad turut menegur secara sinis Annuar di atas tindakannya yang dianggap mahu memburuk-burukkan UMNO.

“Annuar boleh puji melangit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).”

“Itu hak dia.”

“Tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada raja sepertimana dia pernah buat di Kelantan dulu.”

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *