in ,

TMJ Benci Syed Saddiq ‘Because He’s Fake’

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail baru-baru ini mendedahkan mengapa beliau tidak suka kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menggelar Syed Saddiq sebagai individu yang suka berpura-pura.

Menjawab soalan-soalan dari netizen melalui laman media sosial Instagram, isu itu dibangkitkan dengan soalan yang diajukan seorang netizen yang berbunyi, “DYAM Tunku, why do you hate YB Muar (DYAM Tunku, mengapakah Tunku tidak gemar kepada YB Muar)?”

Beliau dengan ringkas menjawab, “Because he is a fake (Kerana beliau seorang yang berpura-pura).”

Di dalam soalan yang seterusnya, seorang lagi netizen memohon penjelasan TMJ berkenaan isu itu.

“Your Highness, why do you think YB Muar is fake? What is your reason behind it?”

Beliau berkata, “Because a man must have principles. Not go where the wind blows (Kerana seorang pemimpin harus mempunyai prinsip. Bukan ikut arah yang memberi keuntungan kepadanya).”

Mengulas mengenai Syed Saddiq dan parti MUDA pimpinannya, TMJ berkata parti itu amat merbahaya jika disalah guna oleh individu-individu yang mempunyai agenda jahat atau kepentingan peribadi.

Jawapan ringkas Baginda berani dan lantang mengkritik ahli politik negara mendapat reaksi positif dari para netizen.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO Perlu Segerakan Pemilihan

Saifuddin Puji Selangor, Sindir Kelantan Dan Pulau Pinang