in ,

Tindakan Malaysia sekat atlet Israel untuk beraksi disifat sebagai diskriminasi

Kuala Lumpur – Persatuan Skuasy Israel (ISA) merancang akan bertindak untuk mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke Mahkamah Timbang Tara, sekiranya para pemainnya diharamkan untuk bertanding ke dalam kejohanan di Malaysia pada bulan hadapan.

Memetik laporan Jerusalem Post, Pengerusi ISA, Aviv Bushinsky berkata, keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel disifatkan sebagai diskriminasi dan perkara itu akan menjadi asas tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi dan menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan kaum atau politik,” katanya.

Sebelum ini pada 27 September, WSF telah dimaklumkan oleh Persatuan Squash Malaysia (SRAM) bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki, yang ditetapkan pada 7 Disember di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur.

Memetik kenyataan WSF, pihaknya masih belum terima makluman dari pihak berkuasa Malaysia mengenai visa delegasi Israel yang telah dinafikan.

“Kami sedang meneruskan proses pendaftaran Pasukan Skuasy Israel dengan andaian bahawa mereka akan hadir.

“SRAM sekali lagi telah menghubungi kerajaan Malaysia untuk mendapatkan jaminan bahawa atlet Israel akan dibenarkan bertanding, selaras dengan prinsip Kejohanan Dunia yang terbuka dan inklusif,” menurut suatu kenyataan di muat naik di laman media sosial rasmi WSF pada Khamis.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suspek menyamar polis, menculik dan membunuh didakwa

Dituduh curi pembesar suara punca lelaki maut dicekik