in

Timbalan Menteri tidur kerana ‘Keletihan dan kurang sihat’

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Eddin Syazlee Shith, memohon maaf mengenai video tular yang menunjukan beliau tidur dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall pada sabtu.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau gagah jua untuk hadir ke majlis tersebut.

Jelasnya lagi, “Alhamdulillah pada majlis ini Datuk telah meluluskan pemasangan pendingin hawa untuk dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah. Beliau turut menyumbang untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar”.

Semalam, video yang menunjukan Eddin Syazlee tertidur Ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, dan beliau cuba dibangunkan oleh dua orang yang berada di pentas tetapi gagal. Kemudian pengawal peribadinya membantu untuk membangunkan beliau dari tidur.

Walau bagaimanapun, majlis diteruskan selepas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu Berjaya di bangunkan dari tidur.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Akan pertahan kerusi Parlimen Kuala Pilah’-Eddin Syazlee

This is the biggest betrayal committed by Anwar – Azmin