in

Tiga Pemimpin tinggi parti politik selesai menghadap Agong

Tiga Pemimpin tinggi parti politik negara selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Pemimpin pertama yang hadir ke Istana hari ini, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tiba pada jam 10:22 minit pagi, kemudiannya dilihat keluar meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 11:35 pagi.

Disusuli pula  MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan dilihat tiba pada jam 11.55 pagi dan kemudiannya keluar pada jam 12.50 tengah hari.

Manakala, pada jam 2.00 petang pula ketibaan bekas Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad di perkarangan Istana, menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula akan menghadap Agong di Istana Negara pada jam 4 petang

Kesemua pemimpin tertinggi parti politik termasuk pembangkang dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat, bermula semalam. Bagi pemimpin parti politik di Sarawak pula, majlis menghadap akan diadakan secara dalam talian yang dijangka dan dijadualkan pada 14 Jun ini.

Walau bagaimanapun, pada hari ini tiada pemimpin parti politik memberi kenyataan kepada pihak media selepas menghadap Yand di-Pertuan Agong.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promosi pelacuran menggunakan aplikasi dalam talian

60 Cluster from Aidilfitri and Gawai