in

Tiga lelaki berjaya ditahan, curi elektrik melombong bitcoint

Polis menahan tiga orang lelaki yang disyaki mencuri elektrik untuk menjalankan kegiatan perlombongan mata wang bitcoin di Seremban 2, pada petang ahad 4 April.

Menurut, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban membuat serbuan kira jam 2 petang, di tiga premis perniagaan.

“Hasil serbuan itu, kita menahan tiga lelaki disyaki terbabit kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri elektrik yang mengakibatkan kerugian pihak lain’, katanya.

Tambahnya lagi, “Beberapa peralatan turut dirampas membabitkan 300 unit mesin bitcoint jenama Avalonminer A851, monitor (3), unit Pemprosesan Pusat (3), Modem (3) dan tiga telefon bimbit.

Malahan, “barangan lain turut dirampas termasuk serangkai anak kunci dan sebuah kenderaan dengan rampasan keseluruhannya bernilai kira-kira RM600,000”, jelasnya.

Menurut beliau, kira-kira RM75,000 sebulan anggaran kerugian yang di tanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Walau bagaimanapun, “kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih di teruskan”.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Calon yang mampu memberi kemenangan’- Wan Azizah

‘Penggunaan teknologi hijau dan penyelenggaraan untuk jangka masa panjang’- Zuraida