in ,

Tiga Istiadat Perlantikan MB Kegagalan Kepimpinan Ahli Politik

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkata kejadian tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar Perak bukan sejarah yang mahu dibanggakan.

“Sejak berlangsungnya PRU14, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, perkara yang mencatatkan sejarah baru yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.”

“Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.”

Titah Tuanku Sultan Perak, “Ia cerminan kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli poilitik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat.”

Bertitah di Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak ke-14 di Istana Iskandariah, pelantikan Menteri Besar yang ke-14 itu merupakan yang ketiga sejak PRU-14.

Sultan Nazrin turut mengingatkan kepimpinan negeri, “Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa, betapa kata tidak lagi dikota atau kata akan bertukar nada, berlainan irama, bersedia mengatakan
yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.”

“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta lalu lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.”

ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Ke-14 hari ini menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat kepercayaan dalam undi percaya terhadap beliau.

Sultan Nazrin turut menyelar tindakan ahli politik yang melupakan tugas kepada rakyat jelata.

“Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik Covid-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.”

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Any MP Claiming Majority Support Can Submit SD To YDPA

MIC Anjur Simposium Bincang Isu Perobohan Kuil