Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, penjawat awam perlu mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti yang sedang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya lagi, jika penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan jadi secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

Mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya, katanya.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa buah negara memilih pendekatan dengan meletak jawatan penting di setiap kementerian dan jabatan mengikut parti yang memerintah. Malahan ada juga negara yang mengekalkan jawatan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *