in ,

Tidak kenal Atta Halilintar, Krisdayanti tidak tahu Aurel bakal bernikah

Hubungan dingin di antara Krisdayanti dan anak-anaknya dilihat bagaikan belum reda.

Malah, Krisdayanti, 45, mengakui sudah setahun tidak bertemu dengan dua anaknya, Aurel Hermansyah dan Azriel Hermansyah.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu juga mengaku sedang menerapkan ‘silent treatment’ untuk kedua anaknya itu.

Disebabkan hal itu juga, hingga sekarang Krisdayanti tidak tahu akan status Aurel yang dikhabarkan bakal bernikah dalam masa terdekat ini dengan YouTube popular, Atta Halilintar.

“Saya belum ada peluang untuk berbual dan bertanyakan hal ini kepada Aurel. Saya hanya dengar berita ini sudah berlegar di berita media.

“Setakat ini belum ada apa-apa kata atau berita yang disampaikan sendiri oleh Aurel kepada saya, secara tidak langsung saya memang tidak tahu apa-apa,” katanya yang berkongsi mengenai perkara berkenaan dalam satu program televisyen di Indonesia.

Krisdayanti berkata, dia berharap Aurel sendiri akan memberitahu kepadanya mengenai perancangan pernikahan bersama kekasihnya itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai bakal menantunya, Atta, Krisdayanti mengakui tidak mengenali jejaka berkenaan.

“Saya belum kenal Atta, saya tidak tahu karakternya dan bagaimana keperibadiannya.

“Kerana itu saya tidak dapat memberikan sebarang kata-kata mengenai perhubungan anak saya,” katanya lagi.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia kecam Charlie Hebdo mahu terbit semula karikatur Rasullulah

MET Malaysia keluarkan notis Nasihat Taufan Molave