in

Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan, kompaun dibatalkan

Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan satu kesalahan di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (Akta 342), dan tidak perlu dikompaun kata menteri kanan (Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

Sehubungan itu beliau berkata, Kompaun yang telah dikeluarkan oleh mana-mana penguatkuasa atas kesalahan tersebut perlu dibatalkan.

“Pegawai Penguatkuasa disaran supaya tidak salah faham dalam membuat sebarang tafsiran berhubungan SOP (prosedur operasi standard), yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan media berhubung perintah kawalan pergerakan.

Dilaporkan seramai 29 pekerja syarikat minyak dan gas dikompaun RM 2,000 setiap orang, manakala dua pekerja kilang proses ayam dikenakan RM 1,500 setiap orang, kerana tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera, ketika memasuki tempat kerja sabtu lalu.

Walapun perkara tersebut tidak menjadi satu kesalahan dibawah akta 342, namun rakyat perlu berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi tersebut kata ismail sabri.

Ini kerana beliau berkata lagi, MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan oleh kerajaan bagi membantu pengawasan penularan wabak covid-19 di dalam negera, dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini bukan hanya untuk mengimbas sekiranya memasuki sesuatu tempat namun ianya lebih penting kerana melibatkan peergerakan serta aktiviti kita pada hari terbabit.

Rakyat bukan hanya perlu jujur dalam mengemas kini dan memberikan maklumat, tetapi rakyat juga memegang amanah untuk memastikan setiap maklumat diberikan adalah tepat dan benar. Selain itu syarikat atau kilang yang melanggar SOP antaranya beroperasi lebih masa dan ingkar arahan bekerja dari rumah, dikompaun hanya dikenakan kepada majikan bukan pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pulau Pinang batal hasrat beli vaksin

Cadangan calon SPM 2021 disuntik vaksin