in , ,

Tidak adil paksa pelajar ambil vaksin eksperimental

Putrajaya: Rombongan sukarelawan daripada Malaysian Freedom Movement (MFM) yang rata-rata terdiri khususnya daripada golongan ibu bapa dari pelbagai kaum, bangsa dan agama telah hadir berhimpun bersama-sama di sini semalam, bagi menyampaikan Surat Terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pekerja terapi Yumeiho dan ibu kepada dua orang anak, Liyana berkata, Surat Terbuka tersebut menegaskan kepentingan prinsip Kebebasan Kesihatan untuk para pelajar Malaysia dan Pro-Pilihan yang wajar dipertahankan oleh semua pihak demi masa depan semua anak Malaysia.

“MFM menolak sepenuhnya polisi pihak pemerintah yang kini memaksa-rela ibu bapa untuk memvaksinkan anak-anak mereka yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun dengan vaksin ujikaji COVID-19, serta polisi mendiskriminasi rakyat yang memilih haluan ‘natural immunity’,” katanya.


Menyoroti warkah berkenaan, semua warganegara Malaysia dikurniakan hak-hak terjamin seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia termasuk hak Kebebasan Diri (Artikel 5), Kesamarataan (Artikel 8), Kebebasan Bergerak (Artikel 9) dan hak Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan (Artikel 10).

“Sebarang gesaan atau arahan daripada pihak tenaga pengajar bagi memastikan semua pelajar kembali ke sekolah mengambil vaksinasi COVID-19, adalah satu ketidakadilan dan pelanggaran hak terlindung di sisi Perlembagaan.

“Kami ingin isytiharkan pendirian berperinsip kami yang menolak segala bentuk paksaan mahupun diskriminasi terhadap mana-mana pelajar dan ibu bapa atau penjaga yang memilih agar anak mereka tidak diberikan vaksin eksperimental COVID-19,” menurut perkara disampaikan jawatankuasa MFM.

MFM turut menyatakan solidariti sepenuhnya kepada semua mangsa Kesan Advers Susulan Imunisasi atau Adverse Events Following Immunisation (AEFI).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

30 perusuh halang pembinaan jalan bersebelahan tokong

Bekas tentera enggan di vaksin fail semakan kehakiman