in ,

Tiada unsur rasuah di IPD Sg Buloh – Ketua Polis Negara

Cheras – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd Hamid Bador berkata, siasatan yang dibuat oleh pihak dalaman polis yang diketuai oleh Jabatan Intergriti mendapati tiada unsur rasuah dalam kes perjudian yang tular di Sg Buloh sebelum ini.

Tambah Tan Sri , video tersebut tidak tepat, dan beberapa kelemahan yang akan diatasi. Beliau menambah Peranan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sg Buloh ada berintegriti dan mematuhi standart yang ditetapkan.

Hasil dari siasatan juga mendapati tiada kesalahan besar yang dilakukan oleh anggota mahupun pegawai berkait rapat dengan rasuah atau tidak benar. Dan mereka bekerja dengan jujur.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran di Sungai Gong sebagai jenayah terancang yang membolehkan ia disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya kini giat menyiasat kes itu dari pelbagai aspek, termasuk kemungkinan wujud perbuatan sabotaj pihak tertentu.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

 

Oleh Fizz Aziz

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PRN Sabah: Musa Aman tidak menyerah, rayu Mahkamah Persekutuan dengar kes sebagai KM dengan segera

Kematian anggota tentera: Polis sudah rakam percakapan beberapa saksi