in ,

Tiada tuduhan khianat, Idris selesa bersama PH

MELAKA, 19 Okt — Datuk Seri Idris Haron berasa selesa bersama Pakatan Harapan (PH) kerana tidak lagi dituduh sebagai pengkhianat.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang berkata bagi membentuk kerajaan negeri baharu, beliau menyerahkan untung nasibnya kepada PH, lapor Utusan Malaysia.

“Biarlah PH menentukan nasib kami sebab dalam konteks 15 orang Adun, kita telah membentuk satu gabungan kerana kami mempunyai majoriti.

“Saya tetap menaruh harapan kepada PH. Saya tidak berasa janggal kerana berada dalam sebuah keluarga besar PH.

“Sejak bersama PH saya tidak berasa dicemuh dan tiada tuduhan pengkhianat di sebelah sini,” katanya.

Idris berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri taklimat bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Turut hadir tiga lagi bekas Adun yang menarik sokongan terhadap ketua menteri iaitu Adun Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan, Adun Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.

 

 

 

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kerajaan akan terus sekat dan ‘menyusahkan’ kehidupan antivaksin

Restoran Salt Bae di London ‘sembelih’ pelanggan