Bercakap sebagai salah seorang panel dalam forum bertajuk ‘Malaysia – Cabaran dalam dan luaran demi kestabilan’, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak mempunyai tempat dalam arus perdana politik negara.
Tegas beliau, perpaduan harus dijadikan landasan reformasi menerusi penglibatan demokrasi yang diwakili semua pihak.
“Landskap politik di negara ini bukan sahaja memerlukan penetapan semula, malah perlu diperbaharui untuk jangka masa panjang.”
“Sehubungan itu, naratif Malaysia yang baharu amat diperlukan dengan mencakupi beberapa tonggak utama seperti politik, ekonomi dan sosial.”
Tambah beliau, landskap politik di negara ini bukan sahaja memerlukan penetapan semula, malah perlu diperbaharui untuk jangka masa panjang.
“Kita harus memperkasakan gerakan seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu menentang parti-parti elit lama yang dikuasai oleh kaum lelaki.”
“Kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk mengetengahkan suara mereka dan menonjolkan potensi masing-masing.”
Berita selanjutnya menyusul.