in ,

Tiada lagi negeri berada di takuk Fasa 1 PPN

Kuala Lumpur: Berkuatkuasa 1 Oktober hari ini, tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 diadakan pada Rabu lalu.

Mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Negeri Sembilan serta Labuan kekal di Fasa 4 PPN manakala Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Melaka yang berada di Fasa 2 akan beralih ke Fasa 3.

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, bermakna kini tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan media dikeluarkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 turut membuat ketetapan kelonggaran baharu seperti membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian serta bengkel di negeri Fasa 2 dan Fasa 3.

“Syarat ketetapan itu dibuka kepada tetamu yang telah menerima vaksin lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi negeri di Fasa 4,” katanya.

Ismail Sabri turut memaklumkan, pembukaan semula sektor latihan kemahiran serta pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT), berkuatkuasa 15 Oktober ini.

“Jawatankuasa turut membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan serta rekreasi di negeri Fasa 2, 3 dan 4 mengikut syarat ditetapkan.

“Maklumat lanjut mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri beralih fasa serta syarat kelonggaran baharu, boleh disemak di laman sesawang www.mkn.gov.my,” jelas beliau.

Pada 28 September, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merekodkan kadar 85.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksin manakala PICK Remaja mencatatkan sebanyak 1,217,386 dos vaksin telah diberikan keapda remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

“Seperti yang telah diumumkan, kerajaan akan membenarkan rentas negeri setelah vaksinasi lengkap dewasa mencapai 90 peratus termasuk mempertimbangkan lebih banyak sektor ekonomi untuk Kembali beroperasi,” kata Ismail Sabri lagi.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tiada cerobohan dan kebocoran pada Sistem myIDENTITY

Lokman Adam didakwa sebar berita vaksin dan virus COVID-19 palsu