in ,

Tiada cerobohan dan kebocoran pada Sistem myIDENTITY

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengesan satu post forum dalam talian iaitu RaidForums.com pada pada 27 September lalu, memaparkan satu dakwaan wujudnya penjualan pengkalan data yang mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, berdasarkan siasatan awal dijalankan JPN, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiada kebocoran serta ketirisan dikesan, malah tiada sebarang kes yang sama pernah berlaku dalam jabatan berkenaan sebelum ini.

“Data tersebut didakwa mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia kelahiran dari tahun 1979 hingga 1998 yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui perkongsian Sistem myIDENTITY milik JPN dan data itu didakwa dijual pada harga 0.2 BTC (Bitcoin – Matawang Digital) bersamaan RM35,495.

“JPN telah melaporkan perkara itu kepada pihak LHDN supaya membuat siasatan, sama ada kebocoran data tersebut berlaku di agensi berkenaan.

“Satu laporan polis turut dibuat oleh JPN pada 27 September dan juga Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 28 September bagi membolehkan siasatan segera dijalankan,” katannya dalam siding media di Bukit Aman, hari ini.

Satu perbincangan bersama National Cyber Coordination And Command Centre (NC4) NACSA dan LHDN telah diadakan pada 28 September, antara perkara yang dibincangkan adalah isu-isu serta kaedah perkongsian Sistem myIDENTITY bersama pihak LHDN serta kawalan keselamatan terhadap data tersebut.

Menurut Hamzah Zainudin JPN berkongsi perkhidmatan Sistem myIDENTITY dengan beberapa agensi Kerajaan bagi tujuan semakan dan pengesahan identiti warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berurusan di agensi masing-masing.

“Pihak KDN akan sentiasa memastikan keselamatan data rakyat Malaysia di bawah jagaan JPN adalah selamat dan terjamin.

“Bagi mengelakkan sebarang data dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab, KDN juga akan memastikan semua agensi yang menggunakan data myIDENTITY daripada JPN mengambil langkah keselamatan tinggi dan sentiasa mematuhi Polisi Penggunaan myIDENTITY,” tegas beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Projek baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri diperjelaskan

Tiada lagi negeri berada di takuk Fasa 1 PPN