in ,

The House musim baru tampil kehidupan sosialit Ezurin Khyra

Kembali dengan musim keenam, program realiti ‘The House’ kini kembali serba baharu menerusi musim yang keenam dengan konsep lebih menarik, tampil lebih unik dan kisah yang berbeza.

Masih mengekalkan format asal, program ‘The House’ musim terbaharu menampilkan kisah Ezurin Khyra, seorang ikon fesyen berpengaruh, sosialit masyhur serta ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri hasil perkahwinan terdahulu bersama kerabat diraja.

Lebih mengagumkan, keperibadiannya sering menjadi rujukan dan idola kepada sebilangan besar pencinta fesyen di negara ini.

Ezurin atau lebih dikenali sebagai ‘Princess Ezurin’ tidak hanya menjadi sorotan ramai kerana paparan gaya kehidupannya yang tampak serba mewah dan glamor di media sosial.

Tetapi kekuatan hubungan kekeluargaan di antara Ezurin dan cahaya mata kesayangan beliau, Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

Begitu juga kehadiran rakan karib Ezurin, Magie Abang Saufi yang juga ibu kepada rapper terkenal, Arabyrd akan turut ditampilkan pada program ini.

Peminat dapat mengenali sendiri karakter sebenar keluarga terkenal ini yang tidak pernah dikongsikan dengan masyarakat umum. Lebih mengujakan, ‘The House’ akan membawa Ezurin bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan sederhana.

Secara eksklusif, Ezurin juga berkongsi isi hatinya sebagai ibu tunggal kepada umum.

Penonton dapat menyaksikan sisi berbeza Ezurin yang sebenarnya amat mementingkan adab dan nilai-nilai ketimuran dalam membesarkan cahaya mata yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi.

The House akan menemui penonton selama 10 episod di saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula Rabu ini, jam 9 malam.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seorang lagi warden Penjara Seberang Perai positif COVID-19

Model Malaysia Meninggal Semasa Prosedur Sedut Lemak