in ,

Terpalit kes dadah, pengarah harap pelakon berubah

Hashim Rejab (kanan) bersama pelakon Niezam Zaidi

 

KUALA LUMPUR, 12 Okt Pengarah filem Hashim Rejab berdoa urusan pelakon Niezam Zaidi dipermudahkan selepas terpalit dengan kontroversi dadah.

Hashim berkata Niezam pernah berada di bawah arahannya dalam filem “Budak Pailang” maka beliau berharap pelakon berkenaan mampu kembali seperti sedia kala. 

Semoga segalanya dipermudahkan. Saya adalah orang pertama tawar dia berlakon dalam ‘Budak Pailang’ selepas saya uji bakat dia. Semoga dia kembali dengan lebih baik!

“Niezam dalam hidup tidak semuanya macam kita mimpikan,” coretnya di Instagram hari ini.

Media semalam melaporkan seorang pelakon lelaki bersama pengarah dan penolong pengarah ditahan polis berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Tiga suspek terbabit ditahan ketika menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 40 negara terima pengembara dari Malaysia lengkap vaksin

Penerbangan ‘Kapten Kirk’ ke angkasa lepas ditunda