in

Terima kasih untuk doa dan kata-kata semangat- Rina Harun

Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, meninggal dunia hari ini, jam 3.40 pagi di Hospital Sungai Buloh.

Menerusi Facebook milik ahli Parlimen Titiwangsa, beliau memaklumkan jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi, Sepang kira-kira jan 11.40 pagi tadi.

“Saya memohon jasa baik daripada semua agar dapat mendoakan Allahyarham Ayahanda saya diampunkan segala dosa, dipermudahkan urusannya serta ditempatkan di kalangan hamba yang beriman”, tulisnya.

Selain itu, Rina Harun juga turut mengucapkan terima kasih kepada saudara mara dan para sahabat yang telah hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Ayahnya.

“Terima kasih pada semua doa dan kata-kata semangat yang diutuskan buat saya dan keluarga”. Tulisnya.

Beliau juga turut berkongsi sekeping gambar di Facebooknya.

 

https://www.facebook.com/103755237920920/posts/277747827188326/

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bungalow belonging to Jho Low’s mother should not be in a forfeiture claim

FGV Group CEO to step down on 15 May