in ,

Tegar jadi bapa di usia muda

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian menimang cahaya mata sulung lelaki apabila isterinya, Sarah Sheilka selamat melahirkan, baru-baru ini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram Story miliknya, Tegar, 19, begitu teruja apabila dia mengulang siar foto ucapan tahniah daripada sahabat-sahabatnya.

Gambar itu memaparkan Tegar tersenyum gembira di samping cahaya matanya yang masih belum diketahui namanya.

Pada Mei lalu, Tegar mengesahkan Sarah, 23, hamil anak sulung selepas dua bulan mereka bernikah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu.

Terdahulu, Tegar yang memulakan karier pada usia 11 tahun sebagai penyanyi jalanan mula popular selepas lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang terkenal di Indonesia dan Malaysia.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengubah plastik menjadi barang pengguna

PAS sokong Muhyiddin