in ,

Tawaran diskaun kompaun saman trafik PDRM dilanjutkan

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan pada Ahad lalu, bahawa tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80 peratus telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

Menurut Acryl Sani, diskaun 80 peratus saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilanjutkan hingga 31 Disember ini sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Selain pergi ke kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun saman trafik menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.

“Mereka juga boleh menjelaskan tunggakkan saman di Pejabat Pos Malaysia serta melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman,” katanya.

Jelas beliau, sejak dibuka pada 9 Disember hingga 12 Disember, PDRM telah berjaya selesaikan sebanyak 2.3 juta saman trafik dengan kutipan saman sebanyak RM109 juta bagi tempoh empat hari di seluruh negara.

“Ini jelas menunjukkan orang ramai sebenarnya berhasrat untuk menyelesaikan kes-kes saman lampau jika diberi peluang.

“Malah, pelaksanaan inisiatif ini secara tidak lansung juga dapat membantu mengurangkan beban masyarakat semasa pandemik COVID-19,” tambahnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Max Verstappen, juara dunia F1 baharu