in ,

Taufan Zeta membadai barat AS

NEW ORLEANS: Taufan Zeta membadai barat Amerika Syarikat (AS), semalam, dengan ancaman ribut Kategori Dua.

Ia membawa bersama angin kencang dan ombak besar ke Louisiana yang telah berulang kali dilanda bencana alam seumpama pada musim taufan ini.

Taufan Zeta dengan angin berkelajuan 175 kilometer sejam, kian kuat dan menuju ke daratan berhampiran Cocodrie yang terpencil di tenggara Louisiana, petang semalam.

Badai taufan itu dijangka merentasi kawasan New Orleans sebelum bergerak ke sepanjang pantai Mississippi.

Pusat Taufan Kebangsaan mengeluarkan amaran taufan meliputi New Orleans bahawa ‘angin kencang dan ribut kuat yang mengancam nyawa dijangka melanda sebahagian daripada utara Pantai Teluk’.

Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell, menegaskan ‘ancaman itu bukan satu latihan’ dan taufan berkenaan dijangka memberikan kesan secara langsung ke atas bandar raya terbabit, tidak lama lagi.

Pihak berkuasa sekali gus menggesa penduduk di kawasan terdedah supaya berpindah atau menambah bekalan kecemasan makanan, air dan ubat-ubatan untuk keperluan sekurang-kurang tiga hari.

Malah, sesetengah kawasan pesisir dikenakan arahan pindah mandatori walaupun tidak terletak di New Orleans mahupun pinggir bandar itu.

Taufan Zeta melanda menjelang pilihan raya AS, enam hari lagi.

Bagaimanapun, ia tidak dijangka memberi kesan terhadap keputusan pemilihan itu, lebih-lebih lagi pengundian awal di Louisiana telahpun selesai. – AFP

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PM ajak umat Islam terus bermunajat hadapi COVID-19

Thailand, China meterai perjanjian projek kereta api berkelajuan tinggi