TARIK BALIK SOKONGAN PADA KERAJAAN PN LANGKAH BIJAK

Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan ahli Parlimen UMNO untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan keputusan bijak susulan kegagalan kerajaan PN dalam pelbagai perkara.

Anwar turut berkata, kerajaan hari ini bermasalah dan hanya berkecenderungan untuk menyelamatkan kedudukan berbanding menyelamatkan negara.

Tambah beliau, Malaysia memerlukan negara yang memiliki sistem yang stabil, kuat dan mampu menetapkan hala tuju negara dengan lebih berkesan.

Setakat ini, ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah menarik sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita selanjutnya menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *