Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Menteri Pendidikan Radzi Jidin perlu mengambil tindakan tegas untuk menamatkan budaya pemeriksaan haid dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau kecewa terhadap pihak bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan terhadap guru yang bergurau mengenai rogol

“Menteri Pendidikan jangan tidur, kena siasat segera. Saya sebagai datuk dan bapa, saya tidak pandang hal ini ringan, beri ruang dan biar terangkan dan pertahan kebenaran ,”jelasnya dalam sesi bual bicara menerusi Facebook beliau.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pengakuan pelajar sekolah menegah, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendedahkan insiden guru bergurau mengenai rogol ketika sesi pembelajaran di sekolahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *