in ,

Taman Negara Kuala Tahan dibuka semula

JERANTUT: Taman Negara Kuala Tahan, dekat sini dan Sungai Relau, Merapoh, Lipis dibuka semula untuk pelawat domestik menyertai aktiviti rekreasi dan riadah di kawasan hutan tropika itu mulai hari ini.

Satu kenyataan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang disiarkan menerusi hantaran laman sosial Facebook jabatan itu menyebut taman berkenaan dibuka untuk dikunjungi dengan disertakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tambahan seperti yang diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menerusi SOP tambahan MKN itu, sekatan dikenakan terhadap pengunjung dari negeri atau kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memasuki Taman Negara Pahang.

“Hanya pelawat yang berusia antara 12 hingga 60 tahun dibenarkan memasuki taman ini dan boleh menggunakan kemudahan awan di Taman Negara bagi tujuan rekreasi dan riadah.

“Manakala, aktiviti mendaki Gunung Tahan dari Kuala Tahan (Jerantut) dan Sungai Relau, Merapoh (Lipis) cuma dibenarkan untuk 20 orang pendaki dan maksimum bagi setiap kumpulan pendaki cuma 10 orang tidak termasuk malim gunung,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, aktiviti pengangkutan bot penambang di kawasan Taman Negara yang berkapasiti muatan empat dan enam orang penumpang perlu mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka dan etika keselamatan tertentu. -BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlu pakai pelitup muka walaupun berpurdah

METMalaysia keluarkan notis Nasihat Taufan Saudel