in ,

Takungan air pinggiran sungai akan diwujudkan – Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Kajang – Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan akan mewujudkan air takungan di pinggiran sungai, sebagai langkah alternatif untuk mengelak dari ketiadaan air berlaku lagi.

Tambah beliau usaha ini telah pun diwujudkan di beberapa tempat iaitu di Semenyih dan di Sg Labu.

Beliau menjawab perkara itu, ketika ditanya mengenai kes pencemaran sungai Gong yang menyebabkan hampir keseluruhan Lembah Klang mengalami gangguan air.

Mengenai perkara itu, beliau menambah bahawa keputusan makmal mengenai sampel air di Sungai Gong telah di kaji dan siasatan terperinci sedang dibuat oleh pihak berkausa dan keputusan itu akan di hantar ke Pejabat Peguam Negara dalam msa terdekat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu hadir bagi merasmikan Majlis Pencapaian 12 juta jam waktu bekrja tanpa kehilangan waktu kecederaan di Projek Pembentungan Langat semalam. Projek pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat Langat itu berkapasiti 920,000 PE dan rangkaian paip pembentungan baharu di daerah Hulu Langat.

 

Oleh Fizz Aziz

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kematian anggota tentera: Polis sudah rakam percakapan beberapa saksi

Lans Koperal maut motosikal terbabas