in ,

Tak rentas negeri, Bella Dally mohon maaf

Pelakon, Bella Dally, memohon maaf atas kekeliruan berhubung dakwaan merentas negeri dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan di tiga zon membabitkan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya.

Bella, 29, atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally ditahan semalam, bagi membantu siasatan atas tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong, Pahang, Ahad lalu.

Pelakon drama Adellea Sofea itu ditahan selepas polis melihat foto yang dimuat naik menerusi Instagram (IG) yang memaparkan dirinya bersama seorang rakan sedang berbasikal.

Bella berkata, dia sudah memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Saya dan rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal sekitar Gombak, berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara Selangor dan Pahang, Ahad lalu.

Saya memuat naik sekeping foto di IG. Bagaimanapun, foto ini disalah tafsir hingga ada yang mendakwa saya merentas negeri dan melanggar PKPB,” katanya.

Bella berkata, ketika kejadian dia masih berada dalam Selangor dan tidak merentas sempadan antara dua negeri.

Sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan jika saya merentas negeri.

Apapun, saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran foto dalam IG.

Saya harap penjelasan ini dapat merungkai salah faham yang menyebabkan saya dihentam teruk.

Saya menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan,” katanya lagi.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kerja Dari Rumah – Petua Untuk Menjadi Pekerja Yang Efisyen

COVID-19: Pesakit terjun dari tingkat 8