in

Tajuddin sahkan terima surat penamatan

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengesahkan bahawa beliau sudah menerima surat penamatan perkhidmatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Menerusi laporan The Star, Tajuddin berkata, penyingkirannya dari jawatan tersebut bukan masalah mendesak atau sesuatu yang membimbangkan.

“Saya sudah menerima surat itu. Tidak ada apa-apa komen sekarang. Ini bukan masalah yang mendesak atau sesuatu yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai pengyingkirannya dari syarikat berkaitan (GLC) dalam tempoh terdekat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perkhidmatan Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta

Tajuddin confirmed receiving termination letter