in ,

TAJUDDIN PERSOAL TINDAKAN PENGISYTIHARAN DARURAT

Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoal tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat samada untuk mengawal penularan Covid-19 atau melakukan kawalan politik

Jelas beliau, pelbagai pihak menyatakan darurat itu diisytihar untuk memudahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyekat ancaman sokongan ataupun kehilangan majoriti dan ditumbangkan.

Tambah beliau, jika sokongan kepada kerajaan sudah berkurangan, sudah kehilangan majoriti, mengikut hukum demokrasi kerajaan tidak boleh wujud lagi.

“Perdana menteri perlu hadapi di mana dia diganti oleh orang lain yang mampu menarik sokongan.”

“Ramai orang cakap (darurat) untuk mengelak perdana menteri daripada digantikan, untuk elak PN jatuh. Kalau itu berlaku saya rasa tak elok.”

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MESYUARAT BIRO POLITIK BINCANG PENGISYTIHARAN DARURAT

Considerate Malaysian Helps Out Those In Need