in

SYED SADDIQ TERIMA TOMAHAN TUN M

Oleh Fizz Aziz,

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersikap terbuka dengan lontaran dari Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung hasratnya untuk menubuhkan parti baharu, khusus untuk golongan muda.

Saddiq menegaskan, beliau menghargai pandangan yang disuarakan bekas Perdana Menteri terbabit.”Terima kasih Tun (Dr Mahathir). Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka. Ini adalah parti yang dipimpin orang muda untuk semua rakyat Malaysia.

“Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani moden, pemimpin masyarakat awam dan lain-lain,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Dr Mahathir dalam satu sidang media pagi tadi, menyifatkan hasrat Syed Saddiq untuk menubuhkan parti khusus golongan muda, tidak akan berjaya.

Beliau turut menjelaskan, biarpun golongan muda mewakili majoriti yang besar dalam senarai pemilih, ia tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya dalam sesebuah kawasan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak sedia bekerjasama dengan parti pimpinan Syed Saddiq itu jika mereka berkongsi prinsip dan perjuangan yang sama, iaitu menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, biarpun keahlian partinya kelak terdiri dalam kalangan orang muda, mereka tetap sayangkan Malaysia.

“Kami mungkin muda, tetapi kami cintakan Malaysia,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JENAYAH PERJUDIAN HARAM BERKURANGAN

Goldman Sachs bebas tuduhan urus niagabon 1MDB